Kisah gurauan An-Nuayman_bin_Amr

Sakit mata

Pada suatu ketika Rasulullah mengunjungi Nu'aiman yang sedang sakit mata. Rasul melihat ia sedang asyik makan kurma. Baginda kemudian mengajukan pertanyaan kepadanya, "Bolehkah kamu makan kurma, sedangkan matamu sedang sakit?" Nu'aiman menjawab, " Saya makan menggunakan mata yang satu lagi". Mendengar jawapan Nu'aiman ini, Rasul tertawa sehingga kelihatan gigi gerahamnya.[5]

Muslihat hadiah

Pada suatu hari, Nu'aiman memberi madu kepada Rasulullah SAW sebagai hadiah. Madu itu dibeli daripada orang kampung. Ketika dia memberikan madu itu kepada Rasulullah, dia membawa bersamanya penjual madu tersebut. Tanpa pengetahuan Rasulullah, Nu'aiman menyuruh penjual tersebut meminta wang daripada Rasulullah sebagai ganti harga madu itu. Dan ketika Rasulullah SAW sedang membahagikan madu itu kepada para sahabat yang hadir di rumahnya, penjual tersebut berteriak, "Bayarlah harga maduku itu?" Kemudian Rasulullah berkata, "Ini pasti idea Nu'aiman". Kemudian Rasulullah memanggilnya dan bertanya, "Mengapa kamu lakukan hal ini?"

Nu'aiman menjawab, "Saya ingin mendapatkan kebaikanmu wahai Rasulullah . Saya tidak mempunyai apa-apa (wang untuk membeli hadiah itu)". Rasulullah pun tersenyum dan orang sekeliling baginda turut tertawa dan akhirnya baginda memberi wang kepada penjual tersebut.[6]

Di sini dilaporkan Nu'aiman mendapat dua kebaikan iaitu dengan Rasulullah dan orang sekeliling baginda menikmati juadah yang enak dan menggembirakan orang lain.

Sembelihan

Ada seorang lelaki datang dari kampung terus ingin menghadap Rasulullah (kemudian masuk ke dalam masjid). Dia meninggalkan unta haiwan tunggangnya di halaman. Ada sebahagian sahabat yang berkata kepada Nu'aiman, "Sembelihlah haiwan itu kemudian kita makan dagingnya bersama-sama. Kami ingin sangat makan daging ketika ini. Nanti wang ganti ruginya biar Rasulullah yang membayarnya." Nu'aiman menyetujui permintaan sahabat itu dan akhirnya dia menyembelih haiwan tersebut. Ketika orang kampung itu keluar dari masjid, dia terkejut dan menjerit kerana haiwan tunggangannya mati. Rasulullah pun keluar rumah dan bertanya, "Siapa yang melakukan hal ini?"

Para sahabat menjawab, "Nu'aiman, wahai Rasul". Kemudian Rasulullah mencari Nu'aiman dan menjumpainya sedang bersembunyi di sebalik pelepah kurma di dalam parit tidak jauh dari rumah Duba'ah bin al-Zubair bin 'Abd al-Muttalib. Rasulullah dapat menemui kerana ada seorang yang memberitahu tempat persembunyian Nu'aiman. Kemudian Rasulullah menyuruhnya keluar, dan melihat wajah Nu'aiman penuh dengan debu.

Rasulullah bertanya kepadanya, "Mengapa kamu melakukan hal ini?" Nu'aiman menjawab, "Orang-orang yang menunjukan tempat aku bersembunyilah yang menyuruhku melakukan hal ini wahai Rasulullah". Setelah mendengar jawapan itu, Rasulullah membuang debu yang ada di wajah Nu'aiman dengan senyuman, kemudian Baginda mengganti harga unta yang telah disembelih itu. [7]

Jualan Hamba

Pada suatu ketika Abu Bakar dan beberapa sahabat pergi pada berdagangan ke Busra. Pelbagai orang dalam perjalanan tersebut yang telah diberikan tugas tetap. Suwaybit ibn Harmalah telah dipertanggungjawabkan untuk makanan dan peruntukan. An-Nuayman adalah salah satu ahli kumpulan itu dan dalam perjalanan tersebut, beliau berasa lapar dan meminta Suwaybit untuk makanan. Suwaybit enggan dan an-Nuayman berkata kepadanya,"Adakah anda tahu apa yang saya akan lakukan lagi dengan kamu?" dan seterusnya memberi amaran dan mengancamnya tetapi masih Suwaybit menolak.

An-Nuayman kemudian pergi kepada sekumpulan orang-orang Arab di Suq (pasar) dan berkata kepada mereka, "Adakah anda ingin mempunyai hamba yang kuat dan tegap yang saya boleh jual kepada anda".

Mereka bersetuju dan an-Nuayman meneruskan, "Dia itu pandai bercakap dan sangat petah. Dia akan menentang anda dan berkata, 'Saya orang yang bebas' tapi janganlah dengar cakapnya itu."

Orang tersebut membayar harga hamba - sepuluh qala'is (keping emas) dan an-Nuayman menerimanya dan transaksi berjalan dengan lancar sekali seperti tiada muslihat di sebaliknya. Pembeli mengiringi beliau untuk mengambil 'hamba'nya. Nuayman terus menunjuk ke Suwaybit dan berkata: "Inilah hamba yang saya jual kepada anda."

Lelaki tersebut memegang Suwaybit dan terus dia berseru sekuat hati untuk dibebaskan. "Saya orang bebas. Saya Suwaybit ibn Harmalah..."

Tetapi mereka tidak menghiraukannya dan mengheretnya di leher seperti yang biasa dilakukan dengan mana-mana hamba.

Selama kejadian itu, an-Nuayman tidak ketawa atau mengelipkan kelopak mata pun. Beliau kekal tenang dan benar-benar serius manakala Suwaybit terus berkeras. Rakan dagangan sekumpulan dengan Suwaybit menyedari apa yang berlaku, bergegas mencari Abu Bakar, pemimpin kafilah itu, yang datang berlari sepantas yang boleh. Beliau menjelaskan kepada pembeli apa yang telah berlaku dan supaya mereka mebebaskan Suwaybit dan mempunyai wang mereka kembali. Abu Bakar kemudian ketawa terbahak-bahak dan begitu juga Suwaybit dan an-Nuayman. Kembali di Madinah, kisah itu diceritakan kepada Nabi dan para sahabat, mereka semua turut ketawa.